Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah hampir sebulan kita semua berpuasa dan kini tiba masanya untuk kita semua bakal bergembira di Aidilfitri yang bahagia. Sekarang ini, ada yang tengah mengemas barang hendak balik kampung, servis kereta, membeli-belah baju raya dan kalau kanak-kanak, mesti tengah buat kira-kira hendak membeli mercun. Ada juga yang sedang sibuk mengecat rumah dan menghias dengan lampu kelip-kelip bagai. Sungguh seronok hendak menyambut kedatangan Aidilfitri. Rasanya, tahun ini pertama kali kita di Malaysia menyambut Aidilfitri serentak dengan Hari Kemerdekaan tapi mungkin bertahun-tahun dulu ada pernah juga. Perasaan untuk menyambut Hari Kemerdekaan sudah ditenggelamkan oleh perasaan untuk menyambut Aidilfitri tapi masih ada lagi anak Malaysia yang patriotik memasang bendera di kereta ataupun di rumah. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin kurang rakyat Malaysia yang mengibarkan Jalur Gemilang untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara. Entah mengapa, mungkin ramai yang lalai dan alpa kerana sudah agak lama kita merdeka. Kita semua hanyut dengan nikmat kemodenan, kemajuan dan keamanan negara. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan negara kepada semua rakyat Malaysia yang sedang membaca di sini. Maaf zahir dan batin. Semoga anda semua selamat pulang dan kembali, berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang. Sekian, terima kasih…
p.s:- Ok, I’m going to make this real easy. Just a simple shoutout. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin. Selain itu, selamat menyambut Hari Kemerdekaan juga. Enjoy your holiday…!!!





