Salam Aidilfitri & Salam Kemerdekaan…

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah hampir sebulan kita semua berpuasa dan kini tiba masanya untuk kita semua bakal bergembira di Aidilfitri yang bahagia. Sekarang ini, ada yang tengah mengemas barang hendak balik kampung, servis kereta, membeli-belah baju raya dan kalau kanak-kanak, mesti tengah buat kira-kira hendak membeli mercun. Ada juga yang sedang sibuk mengecat rumah dan menghias dengan lampu kelip-kelip bagai. Sungguh seronok hendak menyambut kedatangan Aidilfitri. Rasanya, tahun ini pertama kali kita di Malaysia menyambut Aidilfitri serentak dengan Hari Kemerdekaan tapi mungkin bertahun-tahun dulu ada pernah juga. Perasaan untuk menyambut Hari Kemerdekaan sudah ditenggelamkan oleh perasaan untuk menyambut Aidilfitri tapi masih ada lagi anak Malaysia yang patriotik memasang bendera di kereta ataupun di rumah. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin kurang rakyat Malaysia yang mengibarkan Jalur Gemilang untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara. Entah mengapa, mungkin ramai yang lalai dan alpa kerana sudah agak lama kita merdeka. Kita semua hanyut dengan nikmat kemodenan, kemajuan dan keamanan negara. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan negara kepada semua rakyat Malaysia yang sedang membaca di sini. Maaf zahir dan batin. Semoga anda semua selamat pulang dan kembali, berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang. Sekian, terima kasih… :)

p.s:- Ok, I’m going to make this real easy. Just a simple shoutout. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin. Selain itu, selamat menyambut Hari Kemerdekaan juga. Enjoy your holiday…!!!

0 Responses to “Salam Aidilfitri & Salam Kemerdekaan…”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Reminder

Welcome to my personal blog. This site is dedicated to publish my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions. It's about my life and my own points of view. Comments must be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected. Thank you. *Farid*

Chelsea FC

Chelsea FC

My Calendar

August 2011
M T W T F S S
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

My Twitter

Categories

My Feedjit


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.